Rayuan BR1M bagi pemohon yang gagal

Wednesday, March 04, 2015

Rayuan BR1M bagi pemohon yang gagal

Sebanyak 973,067 daripada 7.2 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang gagal mendapat bantuan tersebut boleh mengemukakan rayuan bermula 1 hingga 31 Mac ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka yang gagal boleh mengisi borang rayuan dan menghantarnya ke 85 cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara.

“Penerima sedia ada yang ingin mengemas kini maklumat seperti nombor akaun, maklumat waris dan surat menyurat boleh berbuat demikian sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI