Kejadian tetak di Taman Maju Rapat, Ipoh

Thursday, March 05, 2015

Kejadian tetak di Taman Maju Rapat, Ipoh

Seorang bapa dan dua anaknya cedera selepas diserang dan ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di ruang tamu kediaman mereka, di Taman Maju Rapat, di sini hari ini.
  
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi itu, bapa yang berusia 47 tahun itu cedera di bahagian belakang badan sementara anak lelakinya, 17, cedera di tangan kiri manakala kaki kanan anak perempuannya berumur 20 tahun hampir putus akibat ditetak.
  
"Polis percaya lima lelaki itu memasuki rumah mangsa dengan memecah pintu utama dengan menendang kuat sehingga pintu pecah. Mereka sekeluarga dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dengan ambulans," katanya ketika dihubungi hari ini.
  
Katanya tiada barang berharga yang hilang dalam rumah berkenaan.
  
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, susulan daripada kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang disyaki bekas teman lelaki anak perempuan mangsa di sekitar bandar raya Ipoh, kira-kira pukul 11.45 pagi tadi, bagi membantu siasatan.
  
Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. -,Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI