Ujibakat ‪‎Pelamin Fantasia‬ (Sertai Ujibakat Untuk Perkahwinan Idaman)

Sunday, February 08, 2015

Ujibakat ‪‎Pelamin Fantasia‬

Sudah bersedia? Rakam video dan sertai ujibakat ‪#‎PelaminFantasia‬ secara online. Mungkin perkahwinan idaman anda dan pasangan anda bakal menjadi kenyataan.

Pasti ramai di antara kita yang berkata selebriti Malaysia mampu mengadakan majlis besar-besaran dan mewah disebabkan tajaan yang diperolehi.

Jika anda mengimpikan perkahwinan mewah seperti selebriti popular tanah air, nantikan program terbaru yang akan merealisasikan perkahwinan impian setiap pasangan.

Nantikan ujibakat rancangan terbaru terbitan Astro, ‘Pelamin Fantasia’ tidak lama lagi, sekiranya anda merupakan pasangan yang mahu berkahwin pada bulan Jun 2015 ini.


Cara-cara ujibakat :

Online - Youtube

Langkah 1 : Rakam 1-3  minit video pasangan bercerita tentang:

•Mengapa perlu ASTRO taja perkahwinan mereka

•Apa yang menarik dan unik tentang perkahwinan ini (Perkahwinan Idaman )

Langkah 2 : Calon pasangan perlu muat naik video itu secara online di Youtube dan kongsi URL video Youtube ke email kami : pelaminfantasia@astro.com.my

Ujibakat Terbuka
Anda juga boleh sertai ujibakat terbuka Pelamin Fantasia seperti berikut :

Tarikh : 14 & 15 Februari 2015

Tempat Ujibakat : Pullman Putrajaya

Pendaftaran bermula pada jam 9 pagi hingga 2 petang

Untuk maklumat lanjut mengenai ujibakat Pelamin Fantasia , layari Facebook Astro Gempak : www.facebook.com/PortalAstroGempak

Syarat – Syarat Penyertaan:

1.Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun – 50 tahun.

2.Berpasangan (lelaki dan perempuan)

3.Sudah bertunang atau merancang untuk berkahwin.

4.Salah seorang atau kedua-dua pasangan boleh berbahasa Melayu dengan baik.

5.Pasangan haruslah bersedia untuk berkahwin pada Jun 2015 jika terpilih sebagai pemenang.

6.Salah seorang atau kedua –dua mistilah pasangan Warganegara Malaysia

Keperluan Ujibakat

•Salinan kad pengenalan atau passport ke dua pasangan

•Mempunyai bukti pengesahan sama ada gambar tunang atau surat pengesahan daripada keluarga pihak perempuan.

•Gambar berukuran 4R pasangan

•Gambar berukuran 4R pasangan ketika majlis (jika ada)

Ujibakat ‪#‎PelaminFantasia‬

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI