Tegur peniaga degil turunkan harga barang bukan tuju kaum tertentu

Wednesday, February 04, 2015

Tegur peniaga degil turunkan harga barang bukan tuju kaum tertentu

Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebenarnya adalah untuk menegur peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak dan diesel sudah turun dan bukannya kepada kaum tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas kenyataan itu menjadi viral di media sosial dan katanya ia telah dimaklumkan kepada kabinet hari ini.

najibpmds“Teguran yang dibuat beliau, ditujukan kepada semua peniaga, dan bukan kepada kaum tertentu. Beliau turut mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, Najib juga mahu peniaga bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel bagi membolehkan pengguna merasa kesan penurunan harga berkenaan.

Selain itu katanya, pengguna juga perlu menjadi pengguna bijak, dengan menggunakan kuasa mereka untuk mendorong peniaga agar meletakkan harga yang berpatutan.

Najib turut menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

Justeru, katanya sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI