Meninggal dunia ketika ceramah Ustaz Kazim Elias di rumah MB Perak

Sunday, February 15, 2015

Wanita meninggal dunia ketika ceramah Ustaz Kazim Elias di rumah Datuk Zambry

Seorang wanita warga emas meninggal dunia ketika menghadiri ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias di kediaman Menteri Besar Perak, di Ipoh hari ini.


Lat Senawi, 75, yang datang dengan rombongan seramai 40 orang menaiki bas dari Kampung Bahagia, Kuala Perlis, Perlis, meninggal dunia kira-kira jam 8.20 pagi tadi ketika baru sampai ke lokasi ceramah.

Difahamkan, wanita warga emas itu bersama rombongan bertolak dari Kuala Perlis jam 12 tengah malam tadi dan sampai di Ipoh pada jam 8.10 pagi, namun sebaik turun dari bas serta ingin duduk di kerusi, beliau tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan wanita warga emas itu sudah meninggal dunia dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ustaz Kazim turut menziarahi jenazah Allahyarhamah di Jabatan Forensik HRPB. ~ BH

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI