Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia di malam Jumaat

Thursday, February 12, 2015

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia

KOTA BHARU 12 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menghidap kanser prostat tahap empat meninggal dunia di kediaman beliau di Pulau Melaka, di sini pada pukul 9.40 malam ini.

Pemergian Nik Abdul Aziz, 84, dimaklumkan ahli keluarga terdekat.

Beliau yang dilaporkan semakin tenat sejak semalam dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada pukul 8.40 malam dan tiba di Pulau Melaka kira-kira 15 minit kemudian.


Ketika diusung keluar, bekas Menteri Besar itu dikawal ketat oleh pihak keselamatan hospital dan dilihat tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan oksigen untuk bernafas.


 Nik Abdul Aziz, yang merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, telah dibawa pulang dari hospital pada kira-kira 8.40 malam tadi.

Solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.

>> Biografi Datuk Nik Azik Nik Mat
 

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI