Allahyarham Nik Abdul Aziz selamat disemadikan

Friday, February 13, 2015

Allahyarham Nik Abdul Aziz selamat disemadikan

Jenazah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini kira-kira pukul 10.55 pagi ini.

Jenazah bekas Menteri Besar itu disemadikan bersebelahan pusara ayahandanya, Allahyarham Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia pada tahun 1975.


Yang turut hadir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan barisan kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang.

Terdahulu Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tok Guru bersebelahan rumahnya di Pulau Melaka sebelum dibawa ke tanah perkuburan dengan diiringi puluhan ribu rakyat negeri ini.

Malam tadi negara kehilangan seorang tokoh politik dan ulama yang berpengaruh apabila Nik Abdul Aziz meninggal dunia di rumahnya di Pulau Melaka di sini kira-kira pukul 9.40 malam.

Bekas Menteri Besar yang disahkan menghidap kanser prostat tahap empat sejak beberapa tahun lalu itu telah dibawa pulang ke rumahnya sejam sebelum itu selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 20 Januari lalu.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI