QZ8501: Mayat ditemui dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia

Tuesday, December 30, 2014

QZ8501: Mayat ditemui dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia
 
SURABAYA: Pegawai Indonesia berkata, pihaknya mengesan beberapa jasad di dalam air berdekatan lokasi pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia dilaporkan kali terakhir dikesan.

Mayat berkenaan sudah dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia. - AP

Seluruh jentera dan komponen dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) kini dikejarkan ke titik penemuan objek-objek yang sudah disahkan sebagai serpihan pesawat AirAsia QZ9501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura Ahad lalu.

Setakat ini, pihak SAR Indonesia sedang mempersiapkan pasukan penyelam saat 11 orang dari pejabat penyelam TNI, dan 10 orang penyelamat Pasukan Khas Basarnas.

Pengesahan penemuan lokasi nahas itu diumumkan oleh Ketua Penyelaras SAR Indonesia, F. Henry Bambang Sulistyo.

Antara lain pengumuman tersebut bertitik-tolak daripada laporan awal seorang pembantu juruterbang Hercules C130 dari Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, Leftenan Tri Wibowo.

Berdasarkan laporan Kompas.com, Tri ketika dalam misi SAR, ada menyebut tentang penemuan objek-objek yang terapung di Selat Karimata sewaktu dia memantau kawasan perairan di sekitar Ketapang, Kalimantan Barat.

Objek-objek itu menyerupai jasad manusia, bagasi, pelampung, dan serpihan pesawat.

Berhubung jasad manusia itu, Tri mengakui pada awalnya dia menyangka bahawa objek tersebut seolah-olah manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat. Namun, setelah didekati, ia sebenarnya mayat yang teroleng-oleng dipukul ombak dan keadaannya sudah membengkak.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI