QZ8501: Hanya tiga mayat ditemui - BASARNAS

Tuesday, December 30, 2014

QZ8501: Hanya tiga mayat ditemui - BASARNAS 

JAKARTA: Ketua Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS), Bambang Soelistyo, berkata hanya tiga mayat yang ditemui dari kawasan pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa selepas seorang pegawai lain menyatakan 40 mayat sudah ditemui.

"Hari ini kami membawa keluar tiga mayat dan mereka berada dalam kapal perang Bung Tomo," katanya pada sidang media di sini sambil menambah mayat yang ditemui ialah dua wanita dan satu lelaki.

Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir, memberitahu AFP bahawa berdasarkan komunikasi radio, sebuah kapal perang sudah menemui lebih 40 mayat.

Namun kemudian beliau menyatakan laporan itu berpunca daripada kesilapan komunikasi antara anggotanya.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura apabila ia terhempas. - AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI