Bilangan mangsa banjir meningkat di Pahang

Wednesday, December 31, 2014

Bilangan mangsa banjir meningkat di Pahang          
  
Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Pahang, Perak dan Johor meningkat, manakala di Terengganu berkurangan menjadikan keseluruhan yang dipindahkan menurun kepada 216,703 orang di lima negeri tengah malam ini berbanding 223,224 orang, petang tadi.

Di KELANTAN, bilangan mangsa banjir meningkat kepada 143,955 mangsa 12 tengah malam berbanding 142,582 mangsa, 8 malam tadi.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir turun kepada 13,080 orang daripada 3,211 keluarga ditempatkan di 49 pusat pemindahan hingga 12 tengah malam ini berbanding 21,452 orang, 7 malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, Kemaman mencatat 15,827 mangsa, Dungun (8,815 orang), Kuala Terengganu (213) dan Hulu Terengganu (39).

Di PAHANG, bilangan mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan kepada 51,905 orang membabitkan 12,635 keluarga sehingga 12 tengah malam ini berbanding 51,484 orang daripada 12,588 keluarga yang direkodkan 8 malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan jumlah pemindahan mangsa banjir paling banyak iaitu 21,284 orang yang ditempatkan di 65 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 10,441 orang, Jerantut (5,674 orang), Maran (4,098 orang), Kuantan (3,852 orang), Lipis (3,090 orang), Bera (2,879 orang) dan Rompin (166 orang).

Di PERAK, mangsa banjir meningkat 7,591 orang daripada 2,025 keluarga sehingga 11 malam tadi berbanding 7,553 orang daripada 2,006 keluarga, 6 petang tadi.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 172 orang daripada 42 keluarga pada 12 tengah malam ini berbanding 153 orang daripada 43 keluarga, pada 8 malam tadi.

Harian Metro : Rabu, 31 Disember 2014 @ 12:57 AM

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI