BANJIR: Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) tangguh sesi 2015

Wednesday, December 31, 2014

BANJIR: Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) tangguh sesi 2015

Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) menangguhkan tarikh permulaan pengajian sesi 2015 dan peperiksaan yang dijadualkan pada awal tahun depan, berikutan banjir melanda beberapa negeri di Semenanjung.

KPTM dalam satu kenyataan, memaklumkan pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Januari, pelajar lama (15 Januari) dan penuntut program profesional (17 Januari).

Sesi kuliah kedua kumpulan A (pra-diploma, asasi dan diploma) bagi program kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula pada 11 Januari, manakala negeri-negeri lain bermula pada 12 Januari.

Sementara itu, pendaftaran penutut latihan industri di kolej yang terjejas banjir iaitu Kota Baharu, Gua Musang di Kelantan dan Kuantan, Pahang ditetapkan pada 15 Januari, manakala di kolej-kolej pada 8 Januari.
Selain itu, peperiksaan program Diploma Kejururawatan semester 6 dan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak semester 5, dijadualkan pada 19-23 Januari. - Bernama

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI