Biodata profil Muhammad Firdaus (Remaja OKU)

Monday, June 23, 2014

Biodata ringkas Muhammad Firdaus (Remaja OKU)

Nama: Muhammad Firdaus Dullah
Umur: 15 Tahun
Status: Orang Kurang Upaya - Celebral Palsy (Lumpuh Otak)
Asal: Sabah



 Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup ibunya dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Ibu Firdaus, Lolanopita, 40, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Bajau dari negeri sama iaitu Dullah Sibil, 53, pada tahun 1995.Dullah meninggal dunia pada 22 Januari 2012.

Berdasarkan sumber, Lolanopita kemudian berkahwin dengan lelaki yang kini berusia 46, di Thailand pada 2006 tetapi kes pendaftaran perkahwinan di Malaysia belum selesai. Difahamkan Lola isteri kedua.

Mereka sudah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

Meneruskan kelangsungan hidup, Lola bekerja di Brahim’s Airline Catering sebagai pekerja penyajian sejak 10 tahun lalu dengan anggaran pendapatan RM1,500 hingga RM2,000 termasuk elaun.

Firdaus dikategori sebagai OKU yang menghidap penyakit celebral palsy atau lumpuh otak.

Firdaus kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Firdaus mempunyai seorang adik lelaki dari perkahwinan kedua ibunya.


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI