Calon DAP, Dyana Sofya dapat restu ibu

Sunday, May 18, 2014

Calon DAP, Dyana Sofya dapat restu ibu

Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mendapat restu ibunya, Yammy Samat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P.076 Teluk Intan yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei ini, lapor Roketkini.

Yammy berkata keputusan DAP menamakan Dyana Sofya sebagai calon membuktikan parti itu berpegang teguh pada prinsip kepelbagaian untuk semua.

“Saya merestui pencalonan beliau, kerana apa yang diusahakan adalah demi kebaikan negara.

Dyana Sofya

“Dengan meletakkan Dyana sebagai calon, pada saya adalah pilihan yang tepat di saat muncul pelbagai dakwaan terhadap DAP kononnya pro-Cina dan anti-Melayu, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

“Saya juga memuji tindakan berani DAP meletakkan calon muda yang lebih bertenaga dan berfikiran terbuka untuk dibawa ke Parlimen dalam menegakkan keadilan serta perubahan kepada rakyat, terutama kepada rakyat Teluk Intan,” katanya selepas majlis pengumuman Dyana Sofya sebagai calon di pusat operasi pilihanraya DAP disini, pada Sabtu.

Yammy juga dilaporkan menyeru pengundi Teluk Intan terutama golongan veretan supaya membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengundi.

Dyana Sofya

“Sebagai seorang ibu, sudah tentu saya mahukan kemenangan. Tapi semuanya terletak di tangan para pengundi.

“Jadi saya berharap pengundi di sini (Teluk Intan) membuat pilihan sewajarnya dengan memberi peluang kepada golongan muda yang lebih berdaya saing, demi menjayakan politiik baru untuk Malaysia,” ujarnya.

Akhbar Mingguan Malaysia pula dalam laporannya menyebut Yammy menyifatkan DAP bakal berdepan risiko besar dengan meletakkan Dyana Sofya sebagai calon.

Yammy dilaporkan sebagai berkata DAP bakal berhadapan risiko kehialngan sokongan pengundi lain berikutan meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoritinya pengundi Cina.

"“Bukan nak ambil hati orang Melayu kerana DAP menentang hudud tetapi ini satu risiko besar yang terpaksa dihadapi mereka apabila memilihnya kerana dia orang Melayu.

“Dia orang muda dan bukan semua parti memberi peluang dan kepercayaan kepada generasi muda untuk berada di tempat sepertinya pada hari ini.

Sebagai ibu, saya akan sentiasa berada di sampingnya," Yammy dipetik sebagai berkata oleh Mingguan Malaysia ketika mengiringi Dyana Sofya.

Yammy juga dilaporkan akan memberi sokongan kepada Dyana Sofya atas kapasitinya sebadai ibu kepada wanita muda itu biarpun berbeza parti politik.

“"Sebagai ibu, saya akan sokong anak saya. Saya akan ikut dia berkempen juga kerana dia anak saya, bukan parti (DAP). Saya adalah ahli UMNO dan saya tidak akan keluar UMNO selain jika dipecat parti,'' kata ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat itu.

Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang telah diumumkan sebagai calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil yang diadakan akibat kematian penyandangnya Seah Leong Peng, pada 1 Mei lalu.

Dyana Sofya bakal berdepan cabaran Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, yang pernah memenangi kerusi Teluk Intan selama dua penggal. ~ awani

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI