BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan,majoriti 238 undi

Saturday, May 31, 2014

BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan

Calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Calon Barisan Nasional memperolehi 20,157 undi manakala calon DAP 19,919 undi.

Terdahulu, Gerakan menjangkakan akan berlaku pengiraan semula susulan keputusan tidak rasmi yang diumumkan sekitar pukul 8 malam. Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Ho berkata kepada penyokong mereka di ibu pejabat Gerakan di Teluk Intan yang mereka telah menang tipis sekitar lebih kurang 100 undi.

PRK Teluk Intan mencatat rekod jumlah yang keluar mengundi  kedua terendah pada PRK yang telah berlangsung sejak PRU-13.

Seramai 40,236 pengundi keluar mengundi hari ini iaitu sebanyak 66.67 peratus.

Pada PRU-13, seramai 48,839 pengundi atau 80.7% keluar membuang undi di Teluk Intan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI