MH370: Hishammuddin gesa agensi-agensi antarabangsa tampil jawab persoalan

Wednesday, April 02, 2014

MH370: Hishammuddin gesa agensi-agensi antarabangsa tampil jawab persoalan

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggesa agensi-agensi antarabangsa yang bersama-sama dalam misi pencarian MH370, tampil menjawab segala persoalan.

Dalam temubual bersama CCTV China, beliau menegaskan misteri kehilangan MH370 menyaksikan teknologi milik agensi berkaitan dipersoal masyarakat antarabangsa.

Sebelum ini, pasukan penyiasat teknikal daripada Rolls Royce dan Boeing sekadar bersama membantu proses siasatan.

Namun sehingga kini, tiada sebarang laporan dibentangkan daripada pihak mereka mahupun tampil bersama dalam sidang media bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.

Selain itu, Firma Satelit Britain (Inmarsat) juga tidak menyertai sidang media harian pihak berkuasa Malaysia selepas data mereka merumuskan  perjalanan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Dalam pada itu, Hishammuddin dalam kenyataannya berkata pihak berkuasa kekal dengan pendirian tragedi MH370 disebabkan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di dalam pesawat.

Hishammuddin turut mengulas hal yang sama ketika ditemubual CCTV China.

Beliau sekali lagi menegaskan segala persoalan kemungkinan itu hanya dapat dirungkai sekiranya kotak hitam ditemui. ~ awani

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI