Tweet jenaka Jason Biggs berhubung MH370 dikecam

Friday, March 14, 2014

Tweet jenaka Jason Biggs berhubung MH370 dikecam

Pelakon American Pie, Jason Biggs, baru-baru ini menulis pesanan berbaur jenaka berhubung kehilangan pesawat MH370 di Twitter, yang akhirnya mengundang kecaman orang ramai.


Ketika keluarga 239 penumpang di atas pesawat berkenaan masih menunggu khabar berita mengenai nasib insan yang mereka sayangi dengan penuh debaran, Biggs pula menghantar pesanan mengenai program The Bachelor dengan merujuk kepada episod misteri kehilangan MH370 yang belum terungkai itu.

Tweet Biggs berbunyi: "Nikki sedang mencari Juan Pablo untuk mengucapkan "Aku Cinta Padamu." Dia mempunyai peluang lebih baik dalam mencari Pesawat 370 Sistem Penerbangan Malaysia. #TheBachelor".

Sebaik saja disedari ramai, tweet terbabit mula mendapat pelbagai maklum balas, dengan sebahagian besarnya berasakan pelakon itu memilih waktu tidak sesuai untuk berseloroh sebegitu.

Bagi mereka, keluarga mangsa masih lagi berduka, sedangkan Biggs sudah pun menjadikannya bahan jenaka.


#pray4MH370

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI