Singapura rekod bulan paling kering sejak 1869

Wednesday, March 05, 2014

Singapura rekod bulan paling kering sejak 1869

SINGAPURA: Cuaca kering berlarutan yang melanda Singapura sejak pertengahan-Januari lepas mencatat rekod baru bulan paling kering sejak 1869, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Di stesen iklim Changi, jumlah hujan turun yang direkod dalam Februari 2014 ialah 0.2mm, memecah rekod terdahulu 6.3 mm dalam Februari 2010.

Selain merupakan bulan paling kering, Februari 2014 merupakan bulan paling berangin dalam tempoh 30 tahun ini.

Di stesen iklim berkenaan, purata kelajuan angin harian 13.3 km/jam direkod pada bulan berkenaan mengatasi rekod terdahulu 12.5 km/jam dalam Januari 1985.

Keadaan kering berlarutan turut mencipta rekod baru purata humiditi relatif harian terendah 74.5 peratus.

Rekod paling rendah sebelumnya bagi Februari dan mana-mana bulan dalam tahun berkenaan masing-masing adalah 76.9 peratus (Februari 1968) dan 74.6 peratus (Jun 2013).

Hari akhir turun hujan yang signifikan ialah 16 Feb lepas dengan antara 0.2 dan 29.0 mm direkodkan di beberapa bahagian pulau ini.

Sejak itu, sedikit saja atau tidak ada langsung hujan turun, dengan Singapura memasuki satu lagi tempoh musim kering pada 17 Feb lepas.

Cuaca kering yang melanda Singapura dan rantau sekitarnya dijangka berterusan dalam separuh pertama Mac sekarang.

Dengan kemunculan 'Inter-Monsoon' yang dijangkakan dalam separuh kedua Mac ini, angin di rantau ini akan bertukar ringan dan berubah-ubah haluan.

Hujan turun yang meningkat dijangkakan pada lewat bulan ini.

Dengan cuaca kering dijangka berterusan, Agensi Air Nasional (PUB) telah memulakan kempen meminta orang ramai menjimatkan air.~ Awani

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI