MH370: Beijing gesa Malaysia tingkat usaha mencari pesawat

Tuesday, March 11, 2014

MH370: Beijing gesa Malaysia tingkat usaha mencari pesawat

Beijing hari ini menggesa pihak berkuasa Malaysia meningkatkan usaha mencari dan siasatan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 239 penumpang termasuk 150 rakyat China.


Jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang berkata, Beijing percaya Malaysia mampu melaksanakan segala usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak tiga hari lalu.

"Pihak Malaysia memberikan sepenuh perhatian kepada kejadian tersebut, namun berdasarkan situasi sekarang, mereka perlu meningkatkan usaha,’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beberapa orang anggota keluarga penumpang pesawat terbabit melahirkan kemarahan dan kekecewaan mereka terhadap usaha mencari tersebut, selain mengkritik syarikat penerbangan MAS serta pihak berkuasa di Beijing dan Kuala Lumpur ekoran kekurangan maklumat mengenai kejadian tersebut.

Qin berkata, pihaknya berharap Malaysia memahami perasaan keluarga penumpang dari China tersebut.

"Kami akan meneruskan usaha kami terutama bagi menggesa Malaysia berhubung isu operasi mencari dan menyelamat, selain isu susulan lain,’’ katanya. - AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI