MH370: APMM hantar pesawat Bombardier siasat objek dikesan satelit China

Thursday, March 13, 2014

MH370: APMM hantar pesawat Bombardier siasat objek dikesan satelit China

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Perkara ini disahkan melalui Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui laman Twitternya hari ini.

Awal hari ini, CNN juga melaporkan satelit China mendakwa menemui tiga objek yang terapung di perairan Laut Cina Selatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.

Menurut laporan CNN itu, objek-objek  terbabit dianggarkan berukuran sekitar 13 kali 18 meter, 14 kali 19 meter dan 24 kali 22 meter.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI