Karnival Keusahawanan USM (USMEC) : 14 - 16 Mac 2014

Thursday, March 13, 2014

Karnival Keusahawanan USM (USMEC)

Orang ramai di sekitar utara Semenanjung Malaysia dipelawa mengunjungi Karnival Keusahawanan USM (USMEC) yang akan berlangsung di Padang Kawad USM dan Dewan Utama Pelajar USM pada 14 hingga 16 Mac ini.

Bertemakan Keusahawanan Untuk Semua, karnival yang julung kali diadakan itu akan mempamerkan lebih 100 produk penyelidikan yang inovatif dalam pelbagai bidang termasuk khidmat rundingan, latihan dan produk Kesenian.

Karnival yang akan dibuka bermula jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang bertujuan memperkenalkan hasil penyelidikan serta meningkatkan potensi minat dalam bidang keusahawanan.

Penyertaan IPT dan industri

Disertai lebih 60 peserta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan, karnival turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan Arja Lee, Faizul AF8, DBBand, Hafiz Hamidun.

Penyertaan dalam kalangan sektor industri juga tidak terkecuali termasuk PROTON, PERODUA, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang dan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI