Chinese Matyrs Brigade mengaku terlibat kehilangan MH370

Monday, March 10, 2014

Spekulasi pesawat MAS MH370 hilang disebabkan angkara pengganas dikuatkan lagi apabila sebuah kumpulan tidak dikenali bergelar Chinese Matyrs Brigade mendakwa terlibat dalam kejadian itu.

Spekulasi tersebut tersebar apabila sekumpulan wartawan China menerima emel dari kumpulan tersebut mengatakan mereka bertanggungjawab atas kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal itu.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan kehilangan pesawat MH370 mempunyai kaitan dengan kumpulan tersebut. - KOSMO!

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI