Bayi setahun lapan bulan meninggal dunia disyaki didera pengasuh

Saturday, March 01, 2014

Seorang bayi lelaki berusia setahun 8 bulan maut dipercayai didera pengasuhnya di Datuk Keramat, di sini pada awal pagi Jumaat.

Difahamkan, ibu bayi berkenaan telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh terbabit seperti kebiasaan yang dilakukannya pada jam 7.45 pagi semalam, sebelum ke tempat kerja.

Bagaimanapun kurang dua jam kemudian, dia menerima panggilan kecemasan daripada pengasuh terbabit menyatakan bahawa anaknya berada dalam keadaan tenat dengan wajah kebiruan.

Pemangku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata ibu bayi berkenaan kemudiannya bergegas semula ke rumah pengasuh itu.

"Sebaik tiba, wanita itu mendapati bayinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus menghantar anaknya ke Hospital Kuala Lumpur,"

"Doktor kemudiannya mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi," katanya.

Mengulas lanjut, Khairi berkata mangsa baru saja menghantar anaknya ke rumah pengasuh itu sejak tiga bulan lalu.

"Pada waktu kejadian, pengasuh tersebut hanya menjaga seorang bayi iaitu anak kepada mangsa,"

"Laporan bedah siasat mendapati wujud unsur jenayah dalam punca kematian bayi berkenaan," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan sehingga malam Jumaat.

Tambah Khairi, mayat bayi berkenaan sudah dibawa pulang ke Kuala Terengganu untuk urusan pengebumian.
~ Awanisetahun-lapan-bulan-meninggal-dunia-disyaki-didera-pengasuh-31039?cp

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI