Filem Kolumpo Sinopsis + Trailer Video

Sunday, December 01, 2013

Sinopsis Kolumpo

Kolumpo mengisahkan seorang imigran India yang baru saja tiba di Kuala Lumpur untuk berkerja dan mendapati syarikat yang mengupahnya bekerja rupa-rupanya sudah `bankrup'. Dia kemudian diselamatkan seorang tauke mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di bandar raya ini.

Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyuk mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari.


Sementara itu, di Ampang pula seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang turut ketinggalan tren terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pelakon Kolumpo: Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Sabri Yunus, Amirul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy , Farid Kamil, Remy Ishak, Sarah Ali, Ho Yuhang, Dain Said, Chew Kin Wah, M Kumaresan, Adibah Noor dan Bront Palarae.

Pengarah: Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim

Kolumpo Official Trailer

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI