M. Mohana menangi Ketua Wanita MIC

Saturday, November 16, 2013

Seperti yang dijangka, ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC), M. Mohana memenangi jawatan Ketua Wanita MIC dengan undian tertinggi mengalahkan pencabarnya, N. Vickneswari dengan mudah.

Mohana yang juga merupakan Timbalan Ketua Wanita MIC Selangor memperoleh undi sebanyak 344 dan mencipta sejarah apabila keseluruhan pasukannya turut menyapu bersih kesemua jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini.

Kira-kira 560 perwakilan daripada sayap berkenaan hadir mengundi pada pemilihan kali ini. - UTUSAN ONLINE

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI