Ejen PR1MA palsu: Kerajaan tidak pernah lantik ejen PR1MA

Thursday, November 21, 2013

Ejen PR1MA palsu: Kerajaan tidak pernah lantik ejen PR1MA

Kerajaan mengesan wujud pihak yang menyamar sebagai ejen Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan meminta deposit sehingga RM7,000 untuk pembelian kediaman itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar), menegaskan kerajaan tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi menguruskan pembelian rumah berkenaan.

Sebaliknya, katanya, permohonan hanya boleh dibuat menerusi satu cara iaitu dalam talian.

"Kami ada menerima laporan, wujudnya pihak tidak bertanggungjawab, menyamar sebagai ejen yang dilantik PR1MA untuk urusan permohonan rumah itu.

"Jadilah masyarakat Malaysia yang bijak dan sentiasa berhati-hati. Jangan terpedaya oleh mana-mana pihak yang cuba melakukan penipuan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini semalam.

Jangan mudah terpedaya

Sehubungan itu, Shahidan mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang mengaku sebagai ejen PR1MA.

"Sesiapa saja yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu, segera buat aduan dan laporan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, PR1MA turut melaksanakan siri jelajah untuk memperkenalkan perumahan itu, selain memastikan pengguna tidak menjadi mangsa penipuan ejen palsu. ~ BH

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI