Koleksi Teka-Teki dan Jawapan Teka Teki

Wednesday, October 16, 2013

Koleksi Teka-Teki

Banyak-banyak kereta, kerata apa yang pemandunya memandu dari belakang? ( kereta sorong)

Burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki?(burung kena pijak)

Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih berat? ( duit sepuluh sen bila masuk dalam air tenggelam)

Dilihat keras di pegang cair? (air batu)

Kalau makan isi, buang kulit. Kalau makan kulit, buang apa? ( buang tebiat)

Banyak² kuih, kuih apa yang bukan kuih? (kueh teow)

Apa dia, 3 pasang - 2 kaki, 2 pasang - 1 kaki (kereta manual & otomatik)

Banyak² rumah, rumah apa tinag dia kat atas? (kubur)

Buah apa yang gantung tak berdahan tapi bila pegang waktu panas ia melekat (buah melaka belum gaul kelapa )

Dalam dunia ni kan haiwan apa yang paling miskin, dihina dan dicerca....sian dia ( AYAM yelah sebab kalau nak makan dia kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dah tu peribahasa pun ada kata, org yang tak pakai selipar/kasut/alas kaki tu ber'kaki ayam' alamak ayam lagi yang kena..kesian dier..)

Ahmad bin Abu, kambing bin apa? ( Binatang)

Ada 2 ekor anjing wat lumba renang, yang sekor menang tapi yang sekor lagi mati lemas. Kenapa? ( 1- anjing laut, 1- anjing biasa)

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI