Tanah runtuh di Kg Seronok: 4 sekeluarga terselamat

Tuesday, September 03, 2013

Empat sekeluarga terselamat daripada menjadi mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Seronok, Bayan Lepas di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 8 malam itu, tangga konkrit sebuah rumah teres menghempap bahagian ruang tamu serta bumbung rumah milik Roslan Abdullah, 51, yang ketika itu baru pulang dari kerja.

Roslan memberitahu, pada mulanya dia menyangkakan dentuman kuat itu bunyi petir namun sejurus keluar dia tergamam melihat tangga konkrit milik jirannya runtuh berikutan tanah mendap.

“Tak sampai lima minit saya dan isteri pulang dari kerja, kejadian ini berlaku dan mengejutkan kami sekeluarga malah ketika itu saya dan isteri berada di dapur manakala anak perempuan berada di tingkat atas dan anak lelaki pula sedang mandi.

“Saya nampak tanah menggelongsor diikuti hujan lebat," katanya kepada pemberita. - UTUSAN ONLINE

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI