MYC! FreshFaces Search 2013 - Pencarian bakat hebat remaja

Sunday, September 29, 2013

Komuniti Belia Malaysia (MYC), mencari bakat remaja bagi memperkenalkan belia di mata dunia, sekali gus menjadi contoh yang hebat.

Pencarian bakat terbesar untuk belia yang yakin dengan diri sendiri itu dibuat melalui program MYC! FreshFaces Search 2013. Ia membabitkan pelajar di 26 universiti dan kolej terpilih.

Ketua Pegawai Eksekutif MYC, Jason Ko, berkata pencarian ini pertama seumpamanya diadakan kerana ia menggunakan sistem pesanan mudah alih iaitu ChatOn Mobile dengan pelbagai fungsi yang boleh didapati di Android, iOS dan melalui pelayar web.

Beliau berkata, pihaknya bukan sekadar mencari belia yang memiliki rupa paras menawan, tetapi kriteria utama dicari ialah belia yang bergaya, memi liki faktor X, bersikap positif dan mempunyai pandangan tersendiri bagi mewakili belia negara ini.

"Kami mencari belia bijak yang boleh mewakili Malaysia, tidak kira lelaki atau wanita berusia antara 18 hingga 25 tahun untuk menjadi belia cemerlang kepada dunia.

"Oleh itu, kami akan melakukan siri jelajah di 26 universiti dan kolej seluruh negara untuk memilih mereka yang terbaik dalam kalangan terbaik," katanya ketika melancarkan program ini di ibu negara, barubaru ini.

Pencarian ini adalah gandingan bersama ChatOn dan disokong oleh Watsons Malaysia, Elite Models dan Starbucks Malaysia.

Jason berkata, 12 peserta akan menjadi pemenang dan tiga belia yang mendapat undian tertinggi akan terpilih untuk merasai pengalaman make over dan menjalani penggambaran seakan super model di tiga negara terpilih iaitu Paris, Gold Coast, Australia dan Bali, Indonesia.

Peluang ini juga diberikan kepada 12 pemenang lain untuk menjadi penghias muka depan majalah terbesar remaja di kampus iaitu MYC! News. Malah, mereka juga berpeluang memiliki tiga unit Samsung Galaxy S4 LTE yang semuanya bernilai RM50,000.

Selain itu, terdapat kategori Starbucks Barista Fresh Faces Barista yang akan diundi oleh pelanggan di Starbucks Malaysia.

Pencarian ini terbuka dan belia yang ingin menyertai boleh datang pada siri jelajah di universiti dan kolej masingmasing serta di aplikasi CHatOn.

Peserta terpilih akan melalui fasa rekrut, uji bakat, bootcamp dan kemuncaknya, pada Disember depan untuk mencari yang terbaik.

Aplikasi ChatOn kini memiliki lebih daripada dua juta pengguna di negara ini yang mana majoriti pengguna adalah golongan muda. Aplikasi di dalamnya akan menunjukkan kedudukan terkini menerusi MYC! Fresh Faces Special Buddy. Untuk sebarang keterangan lanjut, layari laman web myc.com.my.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI