Sunway Pyramid bertema Realms Of Raya 2013

Monday, July 22, 2013

Raikan lebaran dengan keindahan rekaan dan hiasan berkonsepkan Turki disamping beli-belah mahupun mencari restoran untuk berbuka puasa di pusat beli belah Sunway Pyramid, bermula 19 Julai hingga 18 Ogos depan.

Sudah menjadi acara tahunan bagi Sunway Pyramid untuk meraikan ketibaan Ramadan dan Syawal bersama pengunjung. Malah saban tahun, hiasan yang dipamerkan sentiasa diubah mengikut cita rasa yang berpaksikan kepada kemeriahan Hari Raya dan keseronokan beriadah di Sunway Pyramid.

Untuk tahun ini, rekaan menarik dari Turki pasti menyemarakkan sambutan puasa dan Hari Raya yang bakal menjelang. Lebih menghangatkan suasana, pengurusan Sunway Pyramid menyediakan pentas di bahagian bawah (concourse) dengan diserikan bermacam hiasan.

Memilih tema Realms Of Raya dengan warna eksotik Turki menjadikan hiasan yang ditampilkan kelihatan ceria selain menempatkan beberapa mini bazar bagi memudahkan pengunjung membeli barangan keperluan disamping hiburan seperti tarian Turki setiap hujung minggu dan cuti awam.

Demonstrasi ais krim Turki Turut diadakan ialah demonstrasi ais krim Turki iaitu Dondurma oleh Turk Samet Aksoz yang berasal dari Turki dan sudah menetap hampir sepuluh tahun di Malaysia. Beliau mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam membuat ais krim Dondurma disamping melakukan persembahan yang pasti menarik perhatian ramai.

Pengarah Pemasaran Sunway Pyramid, Phang Sau Lian, berkata tema yang dipilih amat bersesuaian dengan nilai estetika Hari Raya itu sendiri yang menggambarkan suasana harmoni, bermaafan, keceriaan dan sambutan kebesaran bagi umat Islam.

Tambahan pula, jelas beliau, Turki adalah negara Islam yang turut menyambut kedatangan Ramadan dan kehadiran Syawal setiap tahun. Justeru, pemilihan konsep Turki untuk sambutan perayaan kali ini pasti dinanti pengunjung dari dalam dan luar negara.

"Selain hiasan ala Turki, penggunaan elemen seperti manik Evil Eyes yang dinamakan Nazar sememangnya popular dikalangan masyarakat Turki.

"Bukan saja menarik, mengikut kepercayaan mereka, manik berkenaan membawa maksud melindungi diri si pemakai daripada kuasa jahat dan negatif. Manik buatan tangan itu dibuat menggunakan kaca dengan warna terpilih saja iaitu biru, putih, biru gelap dan kuning keemasan," katanya.

Phang menjelaskan, untuk memudahkan pengunjung membeli belah, Mini Grand Baazar disediakan di concourse dan antara jenama yang terdapat di situ termasuk, Laura Mercier, Crabtree & Evelyn, Rimba, Cold Storage dan Famous Amos.

Bagi menampakkan suasana Hari Raya, Phang memberitahu, Sunway Pyramid turut membawa rekaan songket dan baju Melayu, baju kurung dan kebaya dari Sofea Iman dengan bermacam gaya moden tetapi masih mengutamakan ciri tradisional.

Menariknya, songket Sofea Iman dihasil dengan buatan tangan dari fabrik terpilih dan berkualiti tinggi serta menampilkan bermacam rekaan eksklusif sempena Hari Raya.

Ganjaran beli-belah Untuk pengunjung setia, Sunway Pyramid menyediakan ganjaran beli-belah kepada pembeli dan pemegang kad kredit HSBC iaitu dengan pembelian RM600 (Untuk pemegang kad kredit HSBC RM500) dalam tiga resit bakal menerima mangkuk seramik buatan tangan inspirasi rekaan Turki dengan warna menarik.

Selain itu, pengunjung yang membelanjakan sehingga RM150 (Untuk pemegang kad kredit HSBC RM100), akan menerima sampul duit raya.

"Ganjaran lain yang boleh diperoleh ialah peluang untuk melancong ke Turki dan menerima pelbagai hadiah menarik berjumlah RM100,000 dan baucar beli belah. Untuk memperoleh semua itu, pengunjung perlu berbelanja sehingga RM250 dan untuk pemegang kad kredit HSBC ialah RM150 saja," katanya.

Selepas seharian beriadah dan membeli keperluan Hari Raya, tentu waktu berbuka puasa menjadi keutamaan. Justeru, Phang berkata, rangkaian restoran halal di Sunway Pyramid boleh dijadikan pilihan mengikut cita rasa masing-masing.

Antara yang menarik ialah, Mandi Hadramout dan Simply Penang untuk masakan Timur Tengah dan Melayu tradisional manakala untuk yang gemarkan rasa masam dan pedas boleh berbuka puasa di Thai Thai atau rasa antarabangsa yang pelbagai di Tarbush, Ole-Ole Bali dan restoran Korea yang baru dibuka iaitu Dubu Dubu.

Bagi penggemar roti, boleh dapatkannya di The Loaf, Komugi atau Bread Story dan jika mahu menikmati pencuci mulut boleh ke J.Co Donuts & Coffee, Baskin Robbins, New Zealand Neutral atau Moo Cow Frozen Yogurt.


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI