Kadar zakat fitrah di Sabah 2013

Tuesday, July 02, 2013

Kadar zakat fitrah di Sabah

Kadar zakat fitrah bagi penduduk beragama Islam yang bermastautin dan bekerja di Sabah pada tahun ini ialah sebanyak RM7 iaitu menyamai kadar sama tahun lalu.

Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Mohd. Suhaili Said berkata, jumlah zakat fitrah yang di jangka dipungut pada tahun ini adalah sebanyak RM8.2 juta.

"Tahun lalu MUIS berjaya memungut zakat keseluruhan termasuk zakat harta dan fitrah sebanyak RM48.9 juta, meningkat sebanyak RM15 juta berbanding tahun sebelumnya.

"Pungutan zakat harta pada tahun lalu pula sebanyak RM40.9 juta manakala zakat fitrah RM7.9 juta," katanya pada majlis pengumuman kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah .

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI