Peraduan Penulisan Semula Cerita Rakyat Sarawak 2013 Kategori Cerita Teladan

Thursday, May 23, 2013

Cerita rakyat Sarawak

Peraduan Penulisan Semula Cerita Rakyat Sarawak 2013 Kategori Cerita Teladan dibuka sehingga 30 Jun ini dan karya mestilah asli dan tidak diciplak daripada cerita yang pernah diterbitkan dalam buku, majalah atau penerbitan lain, selain ditulis dalam bahasa Melayu baku, ditaip jarak langkau dua baris dengan saiz fon 12.

Karya yang dihantar untuk peraduan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) ini mestilah benar-benar wujud dalam masyarakat atau etnik, bukan direka mengikut imaginasi penulis, selain penulisannya memberi kepada mutu penyampaian dan menggunakan gaya bahasa lancar.

Panjang setiap cerita tidak melebihi lapan halaman dan setiap peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu karya, tetapi hanya tiga saja layak dipertimbang untuk penilaian serta perlu menggunakan borang rasmi peraduan yang boleh didapati dalam laman sesawang DBP.

Johan peraduan akan menerima hadiah RM1500, kedua (RM1200), ketiga (RM800), lima hadiah sagu hati (RM350), selain 20 hadiah penyertaan layak menerima sijil dan RM50 setiap seorang.

Keterangan lanjut, hubungi Abdul Rasid Subet atau Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong di talian 082-444711, sambungan 308, faksimile 082-440260 atau emel kepada rassid12@dbp.gov.my. 

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI