283 terima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah Persekutuan 2013

Saturday, February 02, 2013

Duta Khas Ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu mengetuai senarai 283 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, di Balairong Seri Istana Negara, di sini, hari ini.

Samy Vellu dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Turut menerima darjah kebesaran berkenaan adalah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor Tan Sri Cheng Heng Jem dan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad.

Penerima lain dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Shukry Mohd Salleh; Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib; Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ruslin Hasan; Pegawai Khas Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod; Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Seri Ir Azman Mohd; Pengarah Eksekutif Weststar Group Of Companies Datuk Seri Syed Azlan Syed Ibrahim dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Abbas Alhabshee.

Selain itu, 41 penerima dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Noriah Hashim; Setiausaha Bahagian (Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan) Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaini Arshad; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Harjeet Singh Hardev Singh; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Che Azemi Haron; Pengarah (Bahagian Saraan) Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Raja Noor Zaedah Raja Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mazlan Yusoff.

Penerima lain ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Mohd Najib Mohd; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan dan Kewangan) Jabatan Perdana Menteri Datuk Hasnah Saleh; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Abd Shukor Ibrahim; Ketua Eksekutif MATRADE Datuk Dr Wong Lai Sum; Pegawai Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Marzuki Mohamad; Pakar Perunding Kanan Bedah Mulut & Maxillofacial, Klinik Pakar Surgeri Pergigian Datuk Dr Mohd Noor Awang; Pengerusi, Pantai Holdings Berhad Datuk Khairil Anuar Abdullah; Pengerusi Asnur Sdn Bhd Datuk Abu Samah Bachik; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Engen Limited Datuk Ahmad Nizam Salleh dan Pengarah, Sutra Dance Theatre (M) Sdn Bhd Datuk Ramli Ibrahim.

Turut dianugerahkan PMW ialah Ketua Pegawai Eksekutif DMIA (M) Sdn Bhd Datuk Subramaniam Pillai Sankaran Pillai; Pengarah Urusan, British American Tobacco (M) Berhad Datuk Toh Ah Wah; Pengarah Syarikat, Suez Domain Sendirian Berhad Datuk Yasran Hussain; Pengarah Urusan, Capital Intelligence Advisors Sdn Bhd Datuk Zaiton Mohd Hassan; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, The ICLIF Leadership & Governance Centre Datuk John Louis Rishad Zinkin; Pengarah, Penerbitan Sahabat (M) Sdn. Bhd. (Malaysia Nanban) Datuk Shafee Zaman Sikandar Batcha; Naib Presiden Eksekutif, SP Setia Berhad Datuk Ong Kek Seng; Ketua Pegawai Perolehan, Telekom Malaysia Berhad Datuk Gazali Harun; Pengurus Perhubungan Korporat, Boustead Holdings Bhd Datuk Rusdi Mustapha.

Penerima lain ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Malaysian South-South Association Datuk Looi Cheok Hun; Presiden, Malaysia Hindu Sangam Datuk Mohan Shanmugam; Presiden, Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Datuk Panjamurti Karuppan; Ketua Bahagian MIC, Ketua Bahagian MCA, Bahagia Labuan Datuk Chin Hong Vui; Timbalan Bendahari MCA Wilayah Persekutuan Datuk Tey Kock Yew; Ketua Setiausaha UMNO, Bahagian Ibu Pejabat Datuk Jamaludin Abdul Aziz; Penolong Setiausaha Agong, Parti Progressif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk Simon Suresh Sabapathy; Presiden, Persatuan Penduduk Bukit Bandar Raya Datuk Mumtaz Ali M Abdul Kareem; Pengerusi, Badan Gabungan Persatuan Penduduk Datuk Yusri Ahmad; Bendahari Kebangsaan Hartanah dan Perumahan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia Datuk Tong Nguen Khoong dan Duta Sihat 1 Malaysia Datuk Aznil Nawawi.

Sementara itu, pengamal media yang menerima Pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) ialah Ketua Pengarang Berita, Harian Metro Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein serta Editor Kanan (Streets), The New Straits Times Streets Chan Cheng Tuan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI