Hentian sebelah Behrang arah utara ditutup sebulan bermula 7 Januari

Saturday, January 05, 2013

Hentian sebelah Behrang arah utara ditutup sebulan bermula 7 Januari Kemudahan awam di Hentian Sebelah Behrang (Arah Utara) Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup kepada orang ramai selama sebulan bermula 7 Januari. Plus Expressway Berhad (Plus) dalam kenyataan hari ini berkata, hentian di KM 383.2 itu ditutup untuk memberi laluan kepada kerja menaiktaraf bagi memberi lebih keselesaan kepada pengguna. Pengguna dinasihat supaya menggunakan Hentian Tanjung Malim (Arah Utara) di KM396.4 atau Hentian Sebelah Ladang Bikam (Arah Utara) di KM347.4 untuk berhenti rehat atau untuk keperluan lain. - BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI