Beregu negara cipta kejutan badminton Terbuka Korea

Friday, January 11, 2013

Beregu lelaki negara, Lim Khim Wah-Goh V Shem mencipta kejutan besar apabila menewaskan pasangan No.3 dunia, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-15, 21-13 untuk melangkah ke suku akhir badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul.

Turut cemerlang, Chong Wei Feng yang mengungguli pertarungan 74 minit dalam pertemuannya dengan Gao Huan dari China 14-21, 21-18, 21-15.

Seperti diduga, Datuk Lee Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga melepasi halangan pusingan kedua dengan mudah.

Chong Wei mengalahkan Marc Zwiebler dari Jerman 21-11 21-19 dalam tempoh 34 minit, manakala Kien Keat-Boon Heong membenam cabaran rakan senegara, Gan Teik Chai-Ong Soon Hock dengan kemenangan 21-14, 21-17.

Malangnya, beregu campuran Chan Peng Soon- Goh Liu Ying terpaksa pulang awal, lebih mengecewakan apabila mereka gagal menepati status selaku pilihan ketiga, tumpas kepada Markis Kido-Pia Zebadiah Bernadeth 21-12, 15-21, 13-21. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130110/lu_09/Beregu-negara-cipta-kejutan-badminton-Terbuka-Korea#ixzz2Haa65cHP
© Utusan Melayu (M) Bhd

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI