Siapa individu terkaya China 2012?

Saturday, October 13, 2012

Jutawan air minuman, Zong Qinghou, merampas kembali kedudukan individu terkaya China, tahun ini dengan jumlah kekayaan AS$10 bilion (RM30.6 bilion), lapor majalah Forbes hari ini.

Menurut senarai 400 individu terkaya China 2012 yang dikeluarkan oleh majalah itu, Qinghou yang merupakan pengeluar air minuman jenama Wahaha, mengembalikan kedudukan sebagai orang paling kaya tahun ini, selepas gagal tahun lalu.


Senarai sama yang dikeluarkan oleh agensi berita China, Hurun bulan lalu turut mengumumkan beliau sebagai individu terkaya.

Usahawan pembinaan Liang Wengen, yang dinobatkan sebagai terkaya tahun lalu, jatuh ke tempat keenam senarai, selepas kekayaan miliknya menurun sebanyak 37 peratus kepada AS$5.9 bilion (RM18.1 bilion).

Menurut Forbes, senarai jutawan di negara ini menurun kepada 113 orang berbanding 146 orang pada tahun lalu.

Robin Li, pengasas bersama enjin carian terkemuka China, Baidu, berada di tempat kedua dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$8.1 bilion (RM24.8 bilion) dan pemaju hartanah Wanda, Wang Jianlin, pula berada di tempat ketiga dengan kekayaan sebanyak AS$8 bilion (RM24.5 bilion).

Pengusaha hartanah terkenal, Wu Yajun dinamakan wanita paling kaya dengan kekayaan sebanyak AS$6.2 bilion (19.1 bilion), meningkat lima peratus berbanding tahun lalu.

- AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI