Apple gagal halang Samsung guna paten tablet

Friday, October 19, 2012

Syarikat Apple kalah dalam rayuannya bagi menghalang pencabarnya, Samsung daripada meniru reka bentuk komputer tablet miliknya yang didaftarkan

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan Britain di sini semalam dijangka akan menamatkan pertikaian dua `gergasi’ telefon pintar itu berhubung paten bagi telefon pintar dan komputer tablet keluaran mereka khasnya di Eropah.

Ia juga mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Britain sebelum ini yang memutuskan, walaupun terdapat kesamaan, komputer tablet Galaxy keluaran Samsung tidak menyalahi reka bentuk Apple atas sebab gajet itu `tidak kelihatan menarik’.

Keputusan itu pada masa sama dianggap sah dan boleh diguna pakai di seluruh Eropah bagi mengalang sebarang pertikaian lanjut membabitkan dua firma berkenaan tentang reka bentuk komputer tablet di rantau tersebut. - REUTERS

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI