4 tuntutan Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13

Monday, October 22, 2012 0 Komen

Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada 12 Januari depan bagi membuat tuntutan terhadap empat perkara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Pada perhimpunan ‘Grand Final’ itu peserta akan memakai empat warna baju sama ada kuning, merah, hijau dan oren yang setiap satunya mewakili tuntutan berkaitan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan itu diadakan susulan daripada Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tetapi tidak dilayan kerajaan.

Menurutnya, selain perhimpunan ‘Grand Final’ berkenaan, pelancaran perhimpunan kebangkitan rakyat akan berlangsung di Seremban pada 3 November ini.

“Pada awalnya perhimpunan besar-besaran itu dijangkakan pada 3 November tetapi atas alasan tertentu ia akan diadakan pada 12 Januari 2013 sekiranya Pilihan raya belum berlangsung.

“Pada perhimpunan itu peserta akan memakai baju kuning sebagai tuntutan Pilihan raya bersih dan tuntutan Bersih 3.0, (warna) hijau tuntutan terhadap penjagaan alam sekitar termasuk mengenai projek Lynas, merah menuntut royalti minyak di Kelantan, manakala oren tuntutan berkaitan Felda," katanya sempena ucaptama Konvensyen PR Peringkat Pahang, di Bukit Sekilau di sini, semalam.

Katanya, tujuan pemakaian baju empat warna itu agar segala tuntutan yang dilakukan pada perhimpunan itu akan ditunaikan.

“Mengenai lokasi, kita akan memilih sama ada di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka seperti yang pernah dijanjikan Perdana Menteri dan jika tidak dibenarkan perhimpunan akan diteruskan di luar stadium,” katanya.

Beliau berkata, perhimpunan kebangkitan rakyat bukan sahaja akan dilakukan di Seremban tetapi akan diadakan secara berperingkat mengikut lokasi atau zon dan seramai sejuta penyokong disasarkan.

Hadir sama, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan pemimpin PR yang lain serta seramai 630 peserta hadir menjayakan konvensyen itu.

Sementara itu, Mohamad Sabu berkata, bukan mudah untuk menentang Umno yang mempunyai banyak agenda.

“Kita sebenarnya mempunyai harapan besar untuk menggantikan kerajaan sekarang dan menjadikannya sebagai kerajaan persekutuan PR,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan. ~ SH

Pasangan blogger seks Alvin Tan - Vivian Lee ‘Sexcapade’ popular di Google

Monday, October 22, 2012 0 Komen

Pasangan ‘Sexcapade’, Alvin Tan dan Vivian Lee bukan sahaja memeranjatkan satu negara, namun mereka masih menjadi tumpuan media sehingga kini. Statistik menunjukkan orang ramai tetap tertarik dengan kisah sensasi pasangan ini.

Pasangan ini memperoleh lebih perhatian apabila kisah mereka disiarkan sebanyak dua kali pada hari Selasa dan Jumaat dalam akhbar Singapura, ‘The New Paper’.

Alvin Tan - Vivian Lee
Kebanyakan akhbar di Malaysia juga telah siarkan kisah pasangan ini sebagai tajuk utama.

Menurut ‘The Star’, nama ‘Vivian Lee’  dan beberapa perkataan utama menjadi pencarian kedua terpopular di Google Singapura, dengan lebih 10,000 pencarian mengenai beliau pada hari Khamis sahaja.

Sehingga semalam, bahagian “Paling Dibaca” dalam akhbar New Straits Times berkaitan Tan menerima teguran “tegas” daripada ibu Lee yang disiarkan hari Jumaat.
Terdapat juga minat yang mendalam oleh pembaca dengan 194,000 pembacaan untuk tiga cerita mengenai mereka dalam The Star, sehingga hari Khamis.

Kisah yang paling banyak dibaca dengan pembacaan sebanyak 86,649 merupakan kisah utama yang disiarkan The Star Online- “Blog lucah menyebabkan kekecohan”.

Dalam suatu perkhidmatan kaji selidik Google Analytics, ia menunjukkan bahawa kisah ini di tangga utama dengan  86,649 bacaan.

Meskipun begitu, media Singapura telah mengalahkan media Malaysia dengan menonjolkan blog peribadi pasangan ini sehari lebih awal.

Facebook Vivian Lee :  http://www.facebook.com/sexychocoholicbabe

Program What’s Up oleh PERODUA

Sunday, October 21, 2012 0 Komen

Program What’s Up PERODUA

1. Terbuka untuk pelajar tahun akhir (IPTA & IPTS)
2. Model Viva & MyVi
3. Serendah RM299 sebulan
4. Tempoh: 10 Oktober 2012 -31 Mac 2013
5. Tiada bayaran pendahuluan
6. Kad pelajar + seorang penjamin
7. Perlindungan insurans RM20K secara percuma
8. Diskaun 50% untuk servis asas di pusat servis PERODUA

Link: http://www.perodua.com.my/campaign-promotions/whats-up-graduate 


Juara Piala Malaysia 2012 milik Kelantan The Red Warriors

Sunday, October 21, 2012 0 Komen

Juara Piala Malaysia 2012
Kelantan membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.



Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.

Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan.

Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan.

Dalam perlawanan malam ini, ATM  hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar.

Pasukan Kelantan The Red Warriors


ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam.

Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.

Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.

Penyokong Kelantan

Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.

Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.

Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.

Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.

Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM.

Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.

Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka.

Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.

Berikut kedudukan jaringan:

ATM (2) mln Kelantan (3)

Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61


Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49

Indra Putra minit ke-95



PERKEMBANGAN SEMASA PERLAWANAN:

120+4: Kelantan muncul juara, jaringan 3-2

120+4: Masa tambahan

119m: Sepakan percuma jark jauh oleh ATM

118m: Sepakan percuma ATM diambil Fitri Omar

117m: Indra kasari Martoloto

115m: Kad kuning untuk Rizal

110m: Azlan Ismail masuk padang

108m: Martoloto diberi kad kuning

107m: Pergeseran Martoloto dan Syakir

106m: Mohd Daudsu cedera, diusung keluar padang

106m: Babak kedua masa tambahan bermula

105m: Kedudukan semasa Kelantan 3, ATM 2

104m: Sepakan penjuru kesembilan ATM, gagal raih gol

100m: Ruben ditukar.

97m: Jaringan ATM, tandukan oleh Alex James, tetapi ofsaid.

95m: Kelantan tambah gol, menerusi Indra Putra. Kedudukan Kelantan 3, ATM 2.

90+3: Perlawanan separuh masa kedua tamat. Kedudukan terikat 2-2

90+2: Sepakan percuma kepada Kelantan, tetapi tendangan tinggi, diambil oleh Indra Putra

90+1: Alex James gagal ambil hantaran tinggi ke gawang Kelantan tapi diselamatkan Apex

90m: Masa tambahan 3 minit

88m: Cubaan Venice Elpe dihalang daripada melakukan 'crossing' ke gawang Kelantan

79m: Cubaan Rizal ke gawang Kelantan gagal

77m: Indra Putra cuba sepak ke gawang, tersasar tinggi

75m: Sepakan penjuru buat Kelantan

72m: Zaquan ambil sepakan penjuru ATM

71m: Cubaan Alex James hantar jaringan jarak jauh gagal tersasar

69m: Obina ditolak Marteleto

69m: Zaquan buat hantar tapi dihalang Syakir

68m: ATM hantar bola ke pintu gagal

67m: Cubaan Rizal Fahmi ke arah pintu gol Kelantan tapi tersasar

64m: Cubaan gol ATM tetapi gagal dihalang

61m: Gol ATM oleh Alex James, tandukan hasilan gol penyamaan

61m: Kad kuning bagi Kelantan

59m: Azmi Muslim masuk, Fitri Omar keluar

57m: Sepakan penjuru Kelantan diambil Afiq terlalu rendah, gagal rai gol

55m: Sepakan penjuru ATM ke-6

55m: Sepakan percuma Kelantan kerana Afiq ditolak

54m: Cubaan Kelantan gagal ditepis Zaquan

53m: Cubaan Zaquan hantaran jarak jauh tp ofsaid

51M: Cubaan Hai-O tapi gagal hantaran

49m: Gol bagi Kelantan, oleh Norshahrul

48m: ATM dapat gol penyamaan oleh Rezal Zambry

46m: Subamaniam tidak dapat meneruskan permainan kerana mengalami kecederaan.

46m: Perlawanan separuh masa kedua bermula.

45 + 2m: Separuh masa pertama selesai. Kedudukan Kelantan 1, ATM 0

45m: Masa tambahan dua minit diberikan

43m: Gol pertama Kelantan, dijaringkan oleh Norsharul Idlan Talaha

41m: Cubaan Kelantan gagal

35m: Kad kuning ke atas Shahrul. Kad kuning kedua buat Kelantan

34m: Tendangan Zaquan Adha jauh dari sasaran

33m: Sepakan penjuru ATM, cuba cari tandukan Hai-O tapi gagal

31m: Tolakan Ruben ke atas Norsharul Idlan Talaha

30m: Cubaan dari jarak jauh Farizal berjaya ditangkap penjaga gol ATM

30m: Kedudukan masih 0-0

28m: Sepakan penjuru diambil Kelantan

27m: Sepakan percuma diambil Aidil Zakuan

26m: Syakir menjatuhkan Hai-O

22m: Norshahrul gagal melepasi gawang ATM, kecuaian kali kedua

23m: Kad kuning dilayang kepada Obinna Nwaneri

7.50m: Marlon Alex James alami kecederaan

5:58m: Cubaan Kelantan jaringkan gol oleh Afik Nizam Zain gagal

2m: Sepakan penjuru pertama, cubaan dibuat Aidil Zakuan

1m: Cubaan jaringan gol oleh Amir Ridzuan gagal menembusi gawang Kelantan

0.01m: Sepak mula menandakan perlawanan akhir Piala Malaysia antara ATM dengan Kelantan bermula, dilakukan oleh pemain ATM selaku tuan rumah, Marlon Alex James.

Noor Hafiza Che Abdullah, Siti Fatimah Muhammad Ali & Nizam Zain ~ Sinar Harian

Apple gagal halang Samsung guna paten tablet

Friday, October 19, 2012 0 Komen

Syarikat Apple kalah dalam rayuannya bagi menghalang pencabarnya, Samsung daripada meniru reka bentuk komputer tablet miliknya yang didaftarkan

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan Britain di sini semalam dijangka akan menamatkan pertikaian dua `gergasi’ telefon pintar itu berhubung paten bagi telefon pintar dan komputer tablet keluaran mereka khasnya di Eropah.

Ia juga mengekalkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Britain sebelum ini yang memutuskan, walaupun terdapat kesamaan, komputer tablet Galaxy keluaran Samsung tidak menyalahi reka bentuk Apple atas sebab gajet itu `tidak kelihatan menarik’.

Keputusan itu pada masa sama dianggap sah dan boleh diguna pakai di seluruh Eropah bagi mengalang sebarang pertikaian lanjut membabitkan dua firma berkenaan tentang reka bentuk komputer tablet di rantau tersebut. - REUTERS

Cerpen lucah di laman sosial facebook

Thursday, October 18, 2012 0 Komen

Laman sosial facebook dikesan menjadi sasaran terbaru remaja tempatan mendapatkan akses percuma kepada laman web atau blog cerpen lucah dari negara jiran, Indonesia serta tempatan.

Pengguna Internet terutama remaja belasan tahun hanya perlu ‘like’ atau ‘suka’ pada akaun lucah terbabit sebelum berpeluang ‘menikmati’ paparan cerpen lucah dalam talian secara percuma.

Lengkap dengan gambar pornografi dan aksi seks pasangan, akaun laman sosial berkenaan mempunyai ribuan pengikut apabila masing-masing memiliki purata pengguna facebook melebihi 1,000 orang bagi setiap akaun.

Bagi menarik perhatian, setiap akaun meletakkan gambar peribadi menggiurkan termasuk gambar gadis tidak berpakaian dan separuh bogel.

Selain itu, akaun facebook cerpen lucah terbabit memaparkan pautan kepada blog dan laman web lucah dengan setiap pengguna perlu memasukkan nama dan kata laluan sama seperti digunakan laman facebook.

Segelintir remaja menyalahgunakan telefon bimbit pintar untuk melayari laman web cerpen lucah lengkap bergambar dari negara jiran termasuk Indonesia dengan langganan RM17 seminggu.

Namun, laman web atau blog cerpen lucah ditawarkan menerusi laman facebook itu tidak mengenakan bayaran langganan, sebaliknya boleh diakses percuma dengan syarat mereka perlu memiliki akaun laman sosial itu.

Tinjauan akhbar Harian Metro mendapati wujud ratusan akaun facebook menawarkan akses kepada cerpen lucah yang kebanyakannya menggunakan kata nama ‘cerita seks Melayu’; cerita seks dewasa dan cerita seks remaja 17+. Sementara itu, jurucakap SKMM ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya tidak mempunyai hak mengawal dan menutup akaun facebook kerana bukan di bawah bidang kuasa mereka.


Anugerah Ikon BrandLaureate 2012 hargai ikon wanita, lelaki

Tuesday, October 16, 2012 0 Komen

Anugerah Ikon BrandLaureate 2012
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil menerima Anugerah Ikon BrandLaureate 2012 bagi kategori Kepemimpinan Tokoh Wanita berikutan sumbangannya kepada pembangunan wanita dan masyarakat di negara ini.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menerima anugerah berkenaan daripada Presiden The BrandLaureate, Dr KK Johan pada satu majlis di sini, semalam.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pula menerima Anugerah Ikon BrandLaureate 2012 bagi Kategori Lagenda.

Johan berkata, anugerah berkenaan diwujudkan bagi menghargai ikon wanita dan lelaki yang banyak menyumbang kepada peningkatan dalam perniagaan, kemasyarakatan dan untuk kemajuan negara amnya.

"Mereka juga dipilih berdasarkan kesabaran, kecemerlangan, kreativiti, kepintaran, integriti, kredibiliti, keazaman dan semangat dimiliki.

"Dalam kepemimpinan umpamanya, kita memerlukan pemimpin bersifat dinamik, efektif, tegas dan progresif sebagai persediaan membantu Malaysia ke arah lebih berdaya saing untuk menghadapi Wawasan 2020," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Anugerah Ikon BrandLaureate 2012 bagi kategori Kepemimpinan Tokoh Lelaki diterima Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar; jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei (Dewan Kemasyhuran) dan penerjun, Pandelela Rinong (Grand Master).

Siapa individu terkaya China 2012?

Saturday, October 13, 2012 0 Komen

Jutawan air minuman, Zong Qinghou, merampas kembali kedudukan individu terkaya China, tahun ini dengan jumlah kekayaan AS$10 bilion (RM30.6 bilion), lapor majalah Forbes hari ini.

Menurut senarai 400 individu terkaya China 2012 yang dikeluarkan oleh majalah itu, Qinghou yang merupakan pengeluar air minuman jenama Wahaha, mengembalikan kedudukan sebagai orang paling kaya tahun ini, selepas gagal tahun lalu.


Senarai sama yang dikeluarkan oleh agensi berita China, Hurun bulan lalu turut mengumumkan beliau sebagai individu terkaya.

Usahawan pembinaan Liang Wengen, yang dinobatkan sebagai terkaya tahun lalu, jatuh ke tempat keenam senarai, selepas kekayaan miliknya menurun sebanyak 37 peratus kepada AS$5.9 bilion (RM18.1 bilion).

Menurut Forbes, senarai jutawan di negara ini menurun kepada 113 orang berbanding 146 orang pada tahun lalu.

Robin Li, pengasas bersama enjin carian terkemuka China, Baidu, berada di tempat kedua dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$8.1 bilion (RM24.8 bilion) dan pemaju hartanah Wanda, Wang Jianlin, pula berada di tempat ketiga dengan kekayaan sebanyak AS$8 bilion (RM24.5 bilion).

Pengusaha hartanah terkenal, Wu Yajun dinamakan wanita paling kaya dengan kekayaan sebanyak AS$6.2 bilion (19.1 bilion), meningkat lima peratus berbanding tahun lalu.

- AFP

RM1 juta beli biji getah - RISDA

Saturday, October 13, 2012 0 Komen

Risda menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membeli biji getah daripada penduduk kampung di seluruh negara bagi mendapatkan biji benih untuk program tanam semula tahun depan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Risda, Mohamat Muda berkata, Risda memerlukan 240 metrik tan atau bersamaan 60 juta biji getah untuk tujuan tersebut.

"Kita hendak beli biji getah daripada orang kampung dengan harga RM3 sekilogram bagi menampung pendapatan sampingan keluarga mereka.

"Mereka boleh jual biji getah di pusat-pusat pembelian di tapak semaian Risda di seluruh negara," katanya kepada Bernama pada majlis Hari Inovasi dan Kualiti serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Risda peringkat negeri Terengganu di sini hari ini

Festival Pengantin Malaysia

Saturday, October 06, 2012 0 Komen

Festival Pengantin Malaysia anjuran Prestige Creative Sdn Bhd.

Festival Pengantin Malaysia berlangsung di Menara Mara @ Primera Hotel Ballroom, Tingkat 6, Jalan Tunku Abdul Rahman (bersebelahan Pertama Kompleks)

Acara berlangsung selama tiga hari bermula pada Jumaat, 5 Oktober ini. Ia menempatkan lebih 80 gerai usahawan industri perkahwinan, dibuka jam 10 pagi hingga 10 malam.

Penganjurnya, Nor Sharlina Abdul Rashid, berkata festival ini pasti menarik perhatian pengunjung terutama bakal pengantin baru untuk memeriahkan Festival Pengantin Malaysia.

"Festival ini sentiasa membuka peluang kepada selebriti yang bakal naik pelamin. Kami akan membantu mencari penaja dan menguruskan majlis pernikahan dan resepsi. Festival Pengantin Malaysia turut mengadakan Pertandingan Jurusolek & Berinai Sanding dan Pencarian Hero & Ratu Festival Pengantin," katanya.

Selain itu, bakal pengantin yang menempah pakej perkahwinan boleh mendapat hadiah percuma setiap hari seperti jam tangan, pakej bulan madu, hamper dan baucar Slimming Sanctuary. Lebih menarik apabila 100 pengunjung pertama setiap hari akan menerima cenderahati istimewa Inani Craft & Design. Untuk keterangan lanjut sila layari Facebook - Festival Pengantin Malaysia.

Expoconvo UMP Universiti Malaysia Pahang (UMP) hingga 14 Okt 2012

Saturday, October 06, 2012

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kumpulan Utusan buat julung-julung kalinya bekerjasama menganjurkan Expoconvo 2012 sempena Majlis Konvokesyen UMP ketujuh yang akan diadakan di kampus universiti itu di Gambang dan Pekan dekat sini, bermula Sabtu ini hingga 14 Oktober ini.

Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof. Dr. Yuserrie Zainuddin (gambar) berkata, program terbesar yang pernah dianjurkan UMP itu disasarkan dikunjungi seramai 30,000 orang.

“Dengan publisiti yang diberikan Kumpulan Utusan, saya berharap program ini mampu menarik lebih ramai pengunjung terutamanya penduduk di sekitar Pekan, Gambang dan Lepar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Yuserrie, pembukaan Expoconvo akan dimulakan dengan penganjuran Karnival Sukan Expoconvo yang berlangsung di UMP kampus Pekan pada Sabtu dan Ahad ini.

Katanya, aktiviti lain yang turut diadakan termasuk ceramah kerjaya, senamrobik, bual bicara, aktiviti kerohanian, pertunjukan seni mempertahankan diri dan gerai jualan.

Pengunjung juga katanya, akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Ainan Tasneem; Kumpulan Hijjaz, Khalifah; Nash; Rosma (AF1) dan Shuib Sepah.

“Orang ramai turut berpeluang menyaksikan Cabaran Malaysia Book of Records Kayuhan 111 jam tanpa henti melibatkan seramai 111 mahasiswa UMP secara berganti-ganti," ujarnya.

Menurut Yuserrie, penganjuran Expoconvo kali ini diadakan secara gilang-gemilang bagi meraikan sambutan 10 tahun penubuhan UMP tahun ini.

Katanya, majlis perasmian Expoconvo akan diadakan pada 10 Oktober ini di UMP kampus Gambang di sini, oleh Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP.

Majlis Konvokesyen UMP pula jelas beliau, akan disempurnakan Canselor UMP, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 13 dan 14 Oktober di Kompleks Sukan UMP.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Expoconvo 2012, Saiful Bahri Ahmad Bakarim berkata, pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti berselawat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dan Kumpulan Al-Mawlid.

Fosil gajah purba Mammoth ditemui budak

Saturday, October 06, 2012

Pernah dengar tentang Mammoth, gajah purba yang sudah pupus?
Seorang budak di utara Rusia tak sangka perbuatannya menggali di sekitar kawasan rumahnya telah menemukan fosil gajah purba atau mammoth yang hampir sempurna.

Mammoth itu ditemui oleh Yevgeny Salinder, 11, dari daerah Taymyr.



Saintis percayai ia merupakan antara fosil yang hampir sempurna pernah dijumpai di Rusia.

Gajah purba dipercayai baru berusia 15 tahun itu, mempunyai berat kira-kira 500 kilogram dan dipercayai berusia 30,000 tahun.

Ketika ditemui, fosil gajah jantan purba itu tidak mengalami banyak kerosakan dengan daging, tulang, bulu, dan lapisan lemak masih terdapat pada tubuh mamalia itu.

Malah, bahagian gading, tulang rusuk dan mulut pada bahagian kanan mammoth itu juga dapat dilihat dengan jelas.

Selepas Salinder memaklumkan apa yang ditemui kepada ibu bapanya, saintis mengesahkan penemuan itu dan percaya ia adalah fosil mammoth kedua yang terpelihara dengan baik yang ditemui sejak 1901.

Bangkai gajah purba itu kini dinamakan sebagai 'Zhenya' mengambil nama samaran Salinder dan akan dikaji lebih lanjut oleh para saintis. - AGENSI

Menu Rakyat 1Malaysia utk pengguna lebuh raya

Wednesday, October 03, 2012

Menu Rakyat 1Malaysia
Orang ramai kini boleh menikmati tawaran pakej hidangan tengah hari semurah RM3.50 di bawah inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah di rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan (Plus).

Sejumlah 100 MR1M disediakan di 50 gerai makanan terpilih di R&R dan hentian sebelah di lebuh raya PLUS mulai 1 Okt hingga 31 Mac tahun depan, kata PLUS Malaysia Bhd dalam kenyataan.
Ia berkata gerai-gerai yang mengambil bahagian dalam program MR1M boleh dikenal pasti menerusi sepanduk dan poster khas yang dipaparkan di gerai terbabit.

Kenyataan itu memberikan contoh pakej nasi, ayam goreng dan sayur ditawarkan pada harga RM3.50 berbanding kira-kira RM5 pada kadar biasa.

Selain makan tengah hari, MR1M turut meliputi pakej sarapan pagi di gerai-gerai terpilih.

Program MR1M dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merupakan antara langkah PLUS membantu menjimatkan perbelanjaan orang ramai di rangkaian lebuh rayanya, kata syarikat itu.

"Ia juga bertujuan membantu mempromosikan sajian tempatan kepada orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya," tambahnya. - Bernama

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 2013

Monday, October 01, 2012

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2013 akan dibuka secara ‘online’ mulai 1 Oktober 2012.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat Mara, permohonan dan keterangan lanjut boleh dibuat dengan melayari laman web, www.mara.gov.my .

CARA MEMOHON

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA mulai 1 hingga 19 Oktober 2012. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.

2. Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2012, semasa mendapatkan kata laluan.

3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2013)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

SYARAT KEMASUKAN
1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2012.

2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).

3. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.

4. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

5. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan subjek Sains.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 19 Oktober 2012.

2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2012.

3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2013. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

 

ZONFINITI