Pertambahan Kekerapan Perkhidmatan KTM Komuter Sempena Ramadan

Tuesday, July 24, 2012

KTM Komuter akan awalkan kekerapan perkhidmatan 15 minit sempena menyambut bulan Ramadan 1433H/2012 pada 21 Julai 2012 (Sabtu). Perkhidmatan akan bermula seawal jam 4.00 petang berbanding jam 5.00 petang sebelum ini.

Tujuan penambahan ini dilakukan adalah untuk memberi keselesaan dan memudahkan pengguna yang akan pulang lebih awal untuk berbuka puasa. Pertambahan kekerapan perkhidmatan 15 minit ini adalah pada waktu puncak di sebelah petang pada hari berkerja (Isnin - Jumaat).

Antara pertambahan kekerapan tren setiap 15 minit untuk laluan Batu Caves - Klang dan Bangi - Sungai Buloh adalah seperti berikut:

1. Laluan Batu Caves - Klang

2. Laluan Bangi - Sungai Buloh

3. Laluan Rawang - Tanjung Malim

Para penumpang dinasihatkan supaya menjaga keselamatan masing - masing semasa menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.

   

 

ZONFINITI