Keputusan Penuh Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54

Monday, July 16, 2012

Keputusan penuh Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54 kategori Qari:

Tempat pertama Muhammad Anuar Ghazali dari Malaysia
Tempat ke-2 Amin Boya Bin Ameer dari Iran
Tempat ke-3 Raden Haryoto dari Indonesia
Tempat ke-4 Ahmad bin Al-Khaled dari Maghribi
Tempat ke-5 Syed Ahmad dari Algeria
Tempat ke-6 Ali bin Mohd Aziz dari Arab
Tempat ke-7 Syukri bin Ahmad dari Thailand

Keputusan penuh Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-54 bagi kategori Qariah:

Tempat pertama Cik Hasnah Mohamad Khulali dari Maghribi
Tempat ke-2 Cik Rahmawati Bakrihunawa dari Indonesia
Tempat ke-3 Puan Che Aminah Che Awang dari Malaysia
Tempat ke-4 Cik Dayang Nurfaizah Hj Imran dari Brunei
Tempat ke-5 Puan Mashitah Ibrahim dari Thailand
Tempat ke-6 Cik Nurazizah Salihin dari Singapura
Tempat ke-7 Cik Aminah dari Bosnia
Tempat ke-8 Zuraidah Abdul Karim dari Filipina


Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengukir sejarah kepada peserta Malaysia, Muhammad Anuar Ghazali, 36, apabila dinobatkan sebagai juara kategori qari (lelaki).

Muhammad Anuar yang berasal dari Kelantan dan memperdengarkan bacaan Surah al-Hud, memperoleh markah 95.33 peratus. Naib johan disandang qari Iran Amin Pouya dengan 91.67 peratus manakala tempat ketiga milik Indonesia menerusi Raden Harmoko Baharudin (90.16 peratus).

Bagi kategori qariah (wanita), peserta Maghribi Hasnae Khoulali, 19, yang memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus sama seperti markah yang diperoleh naib johan dan pemenang ketiga.

Hasnae menewaskan qariah Indonesia, Rahmawati Bakri Hunawa dan qariah Malaysia, Che Aminah Che Awang menerusi cara bacaan, tajwid, kefasihan serta suara dalam menentukan perkiraan markah mereka.

Pemenang tempat pertama bagi kedua-dua kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 serta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI