Penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (April 2012)

Saturday, April 28, 2012

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohamed Suffian Awang, Setiausaha Politik Kanan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Abdul Karim Mustafa serta penyanyi terkenal, Hattan adalah antara 155 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka adalah sebahagian daripada 358 penerima darjah kebesaran dan pingat pada majlis istiadat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, di sini, semalam.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan penganugerahan itu pada majlis yang diadakan dalam dua sesi.

Penerima DIMP lain ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Zaili Besar; ADUN Tanah Rata, Ho Yip Kap; Ketua Pemuda Pahang, Abu Jimi Samat; Pegawai Khas Menteri Besar, Mustapa Long dan Ahmad Jaafar serta Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusof.

Hattan bergelar Datuk

Pegawai Khas Perdana Menteri, Irmohizan Ibrahim; Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Selwyn Vijayarajan Das; dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) Jabatan Penyiaran, Abu Bakar Ab Rahim.

Turut menerima DIMP ialah Eksekutif Kanan Wartawan Penyiaran TV3, Karam Singh Walia; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Poziah Abd Rahman; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Amer Yusof; Profesor Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Ismail Sahid; Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Masterskill (Sains Kesihatan), Prof Dr Ahmad Pauzi Md Yusof; Ketua Automotif dan Pertahanan Sektor DRB Hicom Berhad, Abdul Harith Abdullah serta Timbalan Ketua Eksekutif MATRADE, Zakaria Kamarudin.

Tengku Mahkota turut berkenan menganugerahkan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) dan Setia Mahkota Pahang (SMP), masing-masing kepada 23 penerima manakala 24 individu menerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Ahli Mahkota Pahang (AMP) seramai 38 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) 23 individu dan 36 penerima, masing-masing bagi Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan Pingat Jasa Keberanian (PJK).

Turut berangkat Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI