10 fakta menarik Bubba Watson ( pemain golf profesional)

Friday, April 27, 2012

10 fakta menarik mengenai penyarung terbaru Jaket Hijau Augusta,Bubba Watson

* Bubba Watson dilahirkan dengan nama Gerry Lester Watson Jr di Bagdad, Florida pada 5 November 1978. Dia menduduki tempat kelima dalam Terbuka AS 2007 dan menjadi naib juara Kejuaraan PGA pada 2010 tetapi kemenangan di Masters hujung minggu lalu adalah gelaran Major pertama sepanjang kariernya. Gelaran Bubba diperoleh sempena nama bekas pemain American Football, Bubba Smith.

Bubba Watson

* Biasanya barangan paling mahal yang dibawa seseorang pemain golf adalah driver tetapi Bubba pula memakai aksesori paling mahal di pergelangan tangan kirinya.

Watson menyarung jam yang direka secara ekslusif oleh Richard Mille, sepanjang kejohanan itu. Mille hanya membuat 38 utas jam berkenaan dan ia dinamakan "RM 038". Dengan harga setinggi AS$525,000 (RM1.6 juta) anda mungkin perlu menjadi seorang juara untuk memilikinya.

* Watson secara rasminya adalah pemukul drive paling jauh dalam PGA sepanjang 2012 dengan purata 309.9 ela. Dia memberi gelaran "Bubba Long" kepada dirinya sendiri kerana kemampuan membuat pukulan jauh dari tee tetapi tahun ini dia menggelar dirinya "Bubba Long in Pink" kerana menggunakan driver yang dicat warna merah jambu.

* Dia bekerjasama dengan penaja dan pembekal driver PING untuk menubuhkan "Bubba and Friends drive to a million" di mana syarikat itu mendermakan AS$300 (RM923) untuk 300 pukulan awal sejauh 300 ela dalam kejohanan sepanjang 2012.

* Watson memiliki kereta paling popular dalam sejarah televisyen, sebuah kereta Dodge Charger jingga edisi 1969 atau dikenali sebagai "The General Lee", popular dalam siri televisyen The Dukes of Hazzard.

Dia membelinya selepas membuat perjanjian dengan isterinya bahawa dia akan membeli kereta itu selepas memenangi acara PGA pertamanya. Kereta itu dibeli pada harga AS$110,000 (338,569).

* Isterinya, Angie Watson adalah bekas pemain bola keranjang di Amerika Syarikat. Angie bermain mewakili Universiti Georgia sebelum bermain secara profesional di Eropah dan NBA Wanita di AS.

* Dua minggu lalu, pasangan berkenaan memulakan hidup berkeluarga selepas mengambil anak angkat, Caleb. Selepas kemenangan Masters, Watson berkata: "Saya tidak sabar untuk kembali. Saya belum pernah menukar lampin dan mungkin akan melakukannya tidak lama lagi.

"Saya tidak mahu menukar lampin. Diharap ini memberi peluang kepada saya untuk bersamanya dalam tempoh seminggu dua."

* Watson menyertai kumpulan nyanyian bernama The Golf Boys yang disertai rakan pemain golf iaitu Hunter Mahan, Ben Crane dan Rickie Fowler. Mereka merekodkan single 'Oh Oh Oh' lengkap dengan muzik video yang dihasilkan secara profesional.

* Sensasi pop dunia, Justin Bieber mendedahkan dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa dia dan Watson kini bersahabat baik selepas bertemu pada hari selebriti golf.

Ketika bercakap kepada Access Hollywood Live, Bieber berkata: "Bubba Watson adalah seorang daripada sahabat baik saya. Saya bercakap dengannya hampir setiap hari. Dia seorang yang baik. Saya boleh bermain golf meskipun bukan yang terbaik. Bubba berkata saya bermain dengan teruk!"

* Watson berdepan kontroversi yang tidak disengajakan Julai lalu apabila komennya kerana gagal melepasi had kelayakan Terbuka Perancis dikritik media dan peminat.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI