Matta Travel Fair,Mac 2012, FlyFirefly tawar pakej percutian menarik

Friday, March 16, 2012

Matta Travel Fair yang bermula 16 sehingga 18 Mac 2012, FlyFirefly Sdn Bhd menawarkan tambang penerbangan dan pakej percutian hebat untuk destinasi domestik dan Asean.

Kalau membeli-belah termasuk dalam agenda pelancongan anda, apa kata anda membeli pakej percutian 3 Hari 2 Malam ke Johor Bahru. Pakej yang membawa anda ke Johor Premium Outlet (JPO)ini cuma berharga RM359 untuk tiket penerbangan pergi dan balik, penginapan dua malam serta layak mendapat baucer membeli-belah bernilai RM50.

Bagi yang menggemari destinasi pantai, apa kata dapatkan pakej ke Langkawi atau ke Koh Samui, Thailand. Kedua-dua destinasi popular ini boleh dibeli dengan harga serendah RM319 dan RM639 untuk percutian 3 Hari 2 Malam. Selain menawarkan tiket penerbangan pergi dan balik, Firefly juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke hotel dan ke lapangan terbang secara percuma.

Satu lagi pakej percutian yang tidak boleh dilepaskan ialah percutian 3 Hari 2 Malam ke Medan Indonesia. Dengan harga serendah RM489, anda boleh menikmati pengalaman membeli-belah, mengelilingi bandar, menginap di hotel empat bintang dan sudah pasti tiket penerbangan untuk perjalanan dua hala. Salah satu lokasi popular yang akan dilawati ialah Istana Maimoon yang dibina pada tahun 1888.

Secara ringkasnya, pengunjung yang singgah di booth Firefly di Dewan 3 (3203-3214), PWTC berpeluang mendapatkan pakej-pajek percutian untuk tidak kurang daripada 20 destinasi, termasuklah yang ditawarkan oleh Penerbangan Malaysia, MAS seperti Bangkok, Bali, Ho Chi Minh, Siem Reap dan Phnom Penh.

Pembelian pakej ini adalah untuk perjalanan dari 1 April hingga akhir bulan Oktober atau 31 Disember 2012. Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang hadir sendiri ke booth Firefly, mereka yang membuat pembelian minimum RM500 boleh menyertai lucky dip yang menawarkan pelbagai hadiah hebat yang keseluruhannya bernilai RM100,000. Pelanggan yang membuat pembelian tertinggi setiap hari pula akan mendapat dua tiket penerbangan MAS bernilai RM14,000 ke destinasi terpilih.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI