Agihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) 2012

Friday, March 23, 2012

Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2012 yang menyaksikan peningkatan berbanding 6.38 sen seunit pada tahun lalu.

Firma pelaburan itu juga mengumumkan agihan pendapatan bagi Amanah Saham Gemilang (ASG)- Pendidikan sebanyak 7.00 sen seunit, ASG-Persaraan 7.05 sen seunit dan ASG-Kesihaan 7.10 sen seunit bagi tempoh yang sama.

Ketiga-ketiga tabung ASG juga menyaksikan peningkatan agihan pendapatan berbanding 5.60 sen seunit bagi ASG-Pendidikan, 5.10 sen seunit ASG-Persaraan dan 6.10 sen seunit bagi ASG-Kesihatan pada tahun kewangan 2011.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan bagi ASM membabitkan peruntukan sebanyak RM820.24 juta kepada 546,341 pemegang unit yang telah melanggan 12.62 bilion unit ASM.

Sehingga 21 Mac 2012, ASM memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM978.32 juta dengan pendapatan dividen daripada pelaburan syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM774.77 juta.

Keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM53.59 juta dan bakinya sebanyak RM149.96 juta melalui pelaburan instrumen jangka pendek.

Bagi ASG pula, ia memperuntukan sejumlah RM3.6 juta bagi pembayaran ASG-Pendidikan kepada 15,262 pemegang unit yang melanggan 52.07 juta unit dana itu.

Sehingga 21 Mac 2012, ASG-Pendidikan memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM4.26 juta.

ASG-Persaraan pula memperuntukan agihan pendapatan sebanyak RM1.49 juta kepada 2,909 pemegang unit yang melanggan 21.20 juta unit tabung tersebut.

Ahmad Sarji berkata, ASG-Persaraan telah mendapat pendapatan kasar sejumlah RM1.76 juta.

Pendapatan dividen pelaburan syarikat menyumbang RM1.03 juta, pelaburan dalam instrumen jangka pendek melalui penjualan saham dalam syarikat-syarikat.

Sementara itu, ASG-Kesihatan pula memperuntukan pendapatan sebanyak RM4.57 juta yang bakal dinikmati kepada 9,675 pemegang unit. Semua urus niaga bagi ASM dan ASG ditangguhkan sehingga 1 April ini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI