Memahami Diet Seimbang

Monday, February 06, 2012

Kepentingan Diet Seimbang

Diet seimbang penting untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran optimum, malah menjamin kesihatan yang baik sepanjang hayat. Penyediaan makanan yang betul dan mendidik tabiat makan yang sempurna perlu diutamakan oleh ibu bapa. Sikap terhadap makanan selalunya dibentuk ketika zaman kanak-kanak lagi dan ibu bapa adalah orang yang paling bertanggungjawab dalam pembentukan itu.

Ppiramid diet sihat adalah panduan membantu ibu bapa memilih makanan yang hendak dimakan setiap hari kerana ia merangkumi empat kumpulan makanan dan tip piramid. Makanan diambil setiap hari perlu dimakan dengan banyak daripada tapak piramid dan sedikit daripada tip piramid.

Dapatkan panduan diet di sini  >>> DietKamikaze 

Setiap kumpulan makanan memberikan sumbangan nutrien atau zat yang penting dan setiap nutrien mempunyai fungsi tertentu dalam badan. Makanan daripada semua kumpulan makanan bekerjasama membekalkan nutrien untuk kesihatan dan pertumbuhan. Tiada satu kumpulan makanan yang lebih penting daripada yang lain untuk kesihatan kerana kita memerlukannya.

Makanan yang menyediakan nutrien diperlukan kanak-kanak untuk membina tubuh yang kuat turut membekalkan tenaga diperlukan untuk membesar secara normal.

Justeru, tidak ada satu makanan pun yang membekalkan semua nutrien diperlukan oleh kanak-kanak untuk pembesaran fizikal dan mental secara optimum. Setiap makanan boleh dipadankan ke dalam diet yang pelbagai, sederhana,seimbang dan sihat.

Sehubungan itu, tidak ada makanan baik atau tidak baik, khususnya bagi kanak-kanak kerana keseluruhan diet bagi sesuatu hari perlu diambil kira. Tidak perlu mengetepikan sebarang makanan atau ramuan daripada diet.

Berikan pelbagai makanan daripada setiap kumpulan makanan berkenaan pada setiap hari bagi membekalkan nutrien diperlukan oleh anak anda.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI