Makanan Tinggi Kalsium

Saturday, February 04, 2012

Penyakit kereputan tulang memudahkan seseorang, terutama golongan tua, mengalami patah tulang. Bagi memastikan keadaan itu tidak menjadi teruk, amalan pemakanan harus diberi perhatian. Pengambilan susu dikatakan dapat membantu masalah osteoporosis tetapi jika seseorang itu tidak gemar atau alah pada susu, mereka boleh mengambil bahan lain yang juga kaya dengan kalsium.

Berikut ialah bahan yang kaya dengan kalsium sebagai ganti susu:

* Jus limau. Sebaik-baiknya minum jus limau setiap hari sama ada sebelah pagi atau petang.

* Kekacang. Makan sayur-sayuran jenis kacang tiga atau empat kali seminggu. Kacang soya juga dikatakan mempunyai kandungan kalsium dan protein yang tinggi.

* Sayur `broccoli'. Walaupun harganya mahal tetapi ia amat baik untuk menambah kalsium dalam badan. Sebaik-baiknya memakannya secara mentah.

* Kacang hazel dan badam juga mempunyai kalsium yang tinggi. Sebaik-baiknya makan bahan itu seminggu sekali.

* Buah-buahan. Jadikan amalan memakan buah ara dan perun hampir setiap hari.

* Sayur-sayuran. Daun selada dan kubis amat sesuai untuk meningkatkan kalsium. Bagaimanapun, cuba elak memakan bayam kerana walaupun ia mengandungi kalsium tetapi tidak sesuai untuk badan.

* Ikan sardin dan salmon. Kedua-dua jenis ikan ini amat sesuai untuk dimakan, terutama salmon yang kaya dengan vitamin D.

* Dadih atau tairu boleh diambil sesekali dalam menu makanan.

* Keju. Sesekali makan keju dan roti untuk bersarapan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI