15 Tahun Ketagih Makan Ayam Nugget

Wednesday, February 01, 2012


Stacey Irvine,remaja perempuan cantik berusia 17 tahun terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kekurangan zat setelah ketagih makan nuget ayam selama 15 tahun.


Remaja berasal dari Castle Vale, Birmingham amat menggemari makan nuget ayam sejak dia diperkenalkan dengan makanan itu ketika berusia dua tahun oleh ibunya.

"Saya tidak boleh menjamah makanan lain selain nuget ayam sejak berusia 2 tahun.Ibu mula putus asa untuk memberi makanan lain kepada saya sejak setahun lalu," katanya.

Irvine yang bekerja di sebuah kilang akhirnya dikejarkan ke hospital kerana badannya tidak mempunyai zat yang mencukupi selepas dia tidak pernah menjamah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kebanyakan pakar psikiatri menyifatkan ketagihan remaja tersebut terhadap nuget sebagai masalah pemakanan namun ia tidak ditemui dalam Manual Diagnostik dan Statistik untuk Masalah Kesihatan Mental.

"Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Seseorang yang mengalami masalah ketagihan makanan akan makan secara berlebihan namun tidak bergantung kepada hanya satu-satu jenis makanan sahaja.

"Ketagihan Irvine terhadap nuget mungkin merupakan satu daripada tanda-tanda masalah jiwa yang serius," ujar Dr. Sue Varma, pakar psikiatri di Sekolah Perubatan Langone, Universiti New York.

Katanya, kebergantungan terhadap sesuatu makanan itu mungkin disebabkan tekanan perasaan dan keletihan selain amalan pemakanan dalam keluarga sendiri.

Mungkin benar remaja itu mempunyai masalah jiwa dan perlu bertemu dengan pakar psikiatri.


0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI