Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)

Friday, January 13, 2012

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) telah dilancar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meningkatkan taraf hidup rakyat . Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) bakal memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan rendah dan menggalakkan minat melabur di kalangan golongan berpendapatan rendah.

Melalui skim Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia), mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.

Kelayakan pemohon skim tersebut terdiri daripada isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, hasil kombinasi pendapatan antara suami dan isteri atau ibu bapa tunggal.

Sekiranya mereka yang tidak mempunyai simpanan, mereka boleh membuat pinjaman sebanyak RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Peserta yang menyertai skim ini dijamin memperoleh pulangan sebanyak RM134 sebulan sekiranya tidak membuat pinjaman. Jika meminjam, mereka tetap memperoleh imbuhan sebanyak RM50 sebulan selepas RM84 ditolak sebagai bayaran balik pinjaman.

Sekiranya mereka tidak mengambil pulangan yang diterima setiap bulan dalam tempoh lima tahun jumlah pendapatan keseluruhan para peserta skim terbabit boleh mencecah sebanyak RM13,000.Itu bagi mereka yang tidak membuat pinjaman, tetapi untuk peminjam, mereka juga masih berpeluang memperoleh pendapatan sebanyak RM5,000 selepas lima tahun.

Apa yang pasti, SARA 1Malaysiamemberi peluang golongan berpendapatan rendah untuk sama melabur dan menabung demi masa depan mereka dan paling penting ia menjanjikan pulangan bersih yang menarik.

1 Komen:

Anonymous said...

Adakah akaun SARA boleh dibuka di Pejabat Pos Malaysia?

Post a Comment

 

ZONFINITI