Duit syiling baru diedar mulai 16 Januari 2012

Thursday, January 12, 2012

Duit syiling siri baru akan mula diedarkan Bank Negara Malaysia (BNM) mulai 16 Januari 2012.

Duit syiling baharu itu adalah sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada.

Duit syiling yang digunakan sekarang akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Bertemakan 'Keunikan Malaysia', reka bentuk duit syiling siri baharu itu mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara.

Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Denominasi duit syiling siri baharu ini ialah lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dengan warna kuning dan perak bagi memudahkan orang ramai mengetahui denominasi yang berlainan.

Duit syiling baharu ini adalah lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.

Reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Duit syiling baharu dibuat menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dan turut memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Duit syiling baru

Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah daripada jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baharu ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03 - 2698 8044 sambungan 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI