Taman tema Harry Potter

Saturday, December 10, 2011

Taman tema berkonsepkan ahli sihir terkenal, Harry Potter, akan dibina di Universal Studio Hollywood. Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan taman tema di Resort Universal di Orlando, yang dibuka kepada orang ramai pada Jun 2010 lalu.


Jurucakap Universal menyatakan, proses pembinaan itu akan mengambil masa antara tiga hingga empat tahun dan menelan belanja ratusan juta ringgit.

Ia bertumpu di sekitar Istana Hogwarts termasuk beberapa ciri dan tarikan lain berdasarkan kepada pengembaraan Harry Potter bersama rakan-rakannya.

Pengerusi Warner Bros, Barry Meyer menyifatkan pembinaan ini adalah hadiah paling bermakna buat peminat, Harry Potter, di seluruh dunia.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI