Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jln Raja Laut pindah ke Putrajaya 19 Disember 2011

Thursday, December 15, 2011

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang beroperasi di Jalan Raja Laut di sini akan berpindah ke bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya mulai 19 Disember 2011.

Segala urusan surat-menyurat atau sebarang urusan rasmi kini perlu menggunakan alamat baru iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, KPWKM, Aras 6, 9-18, No.55 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, menurut kenyataan akhbar jabatan itu di sini hari ini.

Orang ramai juga boleh menghubungi pejabat JKM di talian 03-8323 1000 ataupun melayari laman web JKM di www.jkm.gov.my.

- BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI